RESEPI
AIR ASAM IKAN BAKAR MUDAH
Adakah anda berasa
bosan dengan menu makanan anda yang hampir sama setiap hari? Adakah anda berasa
jemu dengan hidangan yang asyik menggunakan resepi sama? Adakah anda ingin
memakan sesuatu yang baru dan enak? Kalau begitu, ikan bakar air asam pasti
menjadi pilihan anda. Aroma ikan yang dibakar bersama balutan daun pisang sudah
pasti membuka selera sesiapa sahaja yang terbau akan keharumannya. Keenakan
makanan tersebut boleh dilihat dari segi
peningkatan peminat- peminat ikan bakar di negara kita.
Ikan bakar merupakan
sebuah hidangan ikan yang dibakar dengan menggunakan kayu arang. Makanan ini
sangat popular di Indonesia, Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara lain. Secara
umumnya, ikan bakar dibuat dengan melumurkan dagingnya di dalam rempah atau
sambal belacan. Kemudian, ikan tersebut akan dibakar dalam api yang rendah.
Kadangkala ikan dibakar dengan membalutnya di dalam daun pisang atau daun
lengkuas untuk menambahkan keenakan. Selepas dibakar, makanan dihidangkan
serta-merta sebab ikan bakar yang panas sedap dimakan.
Pelbagai jenis ikan
digunakan untuk menyediakan ikan bakar termasuk ikan sembilang, pari, talapia,
kembung, cencaru dan lain-lain. Jenis
ikan untuk jadikan ikan bakar terpulang dengan citarasa masing-masing. Tetapi, kita
masih boleh meggunakan resepi yang sama untuk semua jenis ikan untuk membuat
makanan ini. Rasa dan bau harumannya berbeza bagi setiap jenis ikan bakar Biasanya,
kayu arang digunakan untuk membakar ikan. Tetapi, sekarang di zaman moden ini, terdapat
banyak kemudahan seperti oven dan ‘non-stick’ kuali yang boleh digunakan untuk
membakar ikan tanpa mengubah rasa aslinya.
Terdapat dua jenis ikan
bakar yang dikomersialkan di seluruh tempat, iaitu ikan bakar air asam dan ikan
bakar berempah. Ikan bakar asam adalah ikan yang dicuci bersih dan dibakar
terus dengan menambahkan garam sahaja. Selepas itu ikan ini dicicah bersama air
asam dan dimakan. Ikan bakar berempah pula, ikan dibakar bersama rempah ratus
atau bahan masakan yang disapu di bahagian luar dan dalam ikan. Ikan bakar ini
selalunya dimakan bersama sambal belacan. Walaubagaimanapun, jenis ikan bakar
dan kuah sampingannya bergantung kepada setiap individu dan setiap kombinasi
mempunyai rasa sedap yang berlainan.
Pada zaman sekarang, ramai orang sibuk dengan
hal urusan sendiri. Mereka tidak ada masa untuk membeli dan memasak di rumah.
Akibatnya, mereka terpaksa bergantung pada makanan yand disediakan di kedai
makanan, restoran atau hotel. Kalau ada masa pun, bagi warga kota, susah untuk
mendapat ikan yang segar dan digemari. Kesannya, sekarang banyak restoran dan
kedai makanan telah pun menambahkan ikan bakar dalam kad menu mereka. Mereka
yang meminati masakan ikan bakar bolehlah merasa pelbagai jenis ikan bakar dan
kuahnya yang sedap dan berbeza-beza tanpa bersusah-payah atau berjalan jauh.
Antara tempat yang paling popular di Malaysia untuk makan ikan bakar adalah Umbai
di Melaka dan Tanjung Harapan di Pelabuhan Klang,Selangor, Tanjung Lumpur,
Kuantan serta Hutan Melintang di Perak.
Salah satu keistimewaan
makanan ini adalah penyediaan masakan ikan bakar air asam mudah dan ringkas.
Bahan-bahan masakan juga boleh didapati dengan mudah dan kita tidak perlu
mengeluarkan wang yang besar untuk menyediaknnya. Makan ini memang sesuai untuk
semua golongan terutama pelajar dan pekerja yang tinggal di asrama. Pelajar
atau pekerja selalunya balik rumah dalam kelaparan dan terpaksa tunggu
berjam-jam di kedai atau restoran untuk makan. Masalah ini boleh diselesai
sekiranya mempelajari cara membuat resepi ikan bakar air asam. Ini kerana
masakan ini hanya mengambil beberapa minit sahaja untuk disiap dan cara
penyediaan juga sangat ringkas. Bagi suri rumah, mereka bolehlah memasak resepi
ikan bakar air asam ini setiap hujung minggu agar keluarga mereka tidak jemu
dengan masakan rumah.
Ikan
Bakar
Resipi ikan bakar mudah
dan senang untuk dibuat di rumah. Bahan-bahan masakan juga mudah diperolehi dan
tidak memerlukan wang yang lumayan untuk menyediakannya. Dengan mengikuti cara
penyediaan yang dibagi di bawah, sudah tentu anda boleh membuat ikan bakar yang
paling sedap untuk seisi keluarga anda. Selalunya, ikan dibakar dengan
menggunakan garam sahaja. Ini adalah kaedah paling mudah dan cepat untuk
membuat ikan bakar. Tetapi, bahan masakan lain seperti kunyit, daun ketumbar,
bawang putih dan lain lain akan diguna untuk menambahkan keenakan ikan bakar. Berikut
adalah ramuan dan cara membuat ikan bakar di rumah.
Ramuan
:
2 ekor ikan
kembung (jenis ikan terpulang dengan
citarasa anda)
Garam secukupnya
2 sudu mentega cair
4 sudu air jeruk nipis
3 ulas bawang putih
Daun ketumbar yang
diperlukaan
Kunyit yang diperlukan
Cara
penyediaaan:
1.
Bersihkan ikan dari sisik dan bahagian
dalam ikan.
2.
Bawang putih dipotong dengan halus. Daun
ketumbar ditumbuk agak kasar.
3.
Ikan yang telah dibersih dilumurkan
dengan air jeruk nipis, kunyit, bawang
putih, daun ketumbar dan garam .
4.
Campuran tersebut dibiarkan selama
sekurang-kurangnya setengah jam agar semua bahan campuran tadi meresap.
5.
Ikan dibakar di atas kuali ‘non-stick’
atau di dalam oven. Ikan bakar lebih
sedap kalau dibakar dengan menggunakan kayu arang. Sekiranya, kayu arang
digunakan, bakar ikan dengan api yang kecil dan pastikan kulit ikan tidak
terkena api secara langsung. Ini adalah untuk memastikan isi dalaman
betul-betul masak dan mengelakan kulit ikan dari hangit .
6.
Sambil mambakar, mentega cair disapukan
untuk menambahkan keenakan. Sekiranya, anda tidak mahu menggunakan mentega
cair, daun pisang atau daun lengkuas boleh digunakan. Bungkus ikan dengan daun
pisang atau lengkuas dan bakar.
7.
Semasa membakar, pastikan membalik ikan
berkali-kali supaya kedu-dea belah ikan tersebut dimasak penuh.
8.
Setelah dibakar selalunya beberapa minit,
ikan siap untuk disajikan.
Air
Asam
Air asam boleh
dikatakan sebagai ‘pasangan sempurna’ untuk ikan bakar. Ini adalah kerana,
bukan sahaja di restoran, malah di rumah pun ikan bakar selalu disajikan
bersama air asam. Biasanya, resepi air asam ikan bakar disediakan dari perahan
asam limau atau asam jawa. Kelazatan ikan bakar bergantung pada air asam. Jadi,
air asam yang kita sediakan itu mestilah ada masam, masin, manis dan pedas
secukup rasa. Resepi air asam ikan bakar ini digemari oleh orang ramai sebab
penyediannya mudah dan ringkas. Berikut adalah cara-cara membuat resepi air
asam ikan bakar di rumah.
Ramuan
10 biji cili padi (
boleh tambah atau kurang ikut suka )
1 biji buah tomato
1 bawang merah (besar)
2 ulas bawang putih
1 cawan air asam jawa
1 inci belacan
Garam
Gula
Perisa (Ajinomoto)
Cara
penyediaan:
1.
Asam jawa diperah dengan anggaran 1
cawan air suam dan dileraikan dengan sudu kemudian diambil patinya.
2.
Langkah pertama diulangi dengan
menggunakan 1/2 cawan air suam untuk mengambil baki pati air asam tadi.
3.
Air asam yg telah diambil patinya telah
disediakan dan diketepikan.
4.
Belacan dibakar. Kemudian lenyekkan dan
hancurkan belacan tadi dgn menggunakan sudu dan sedikit air asam yg telah
diperah tadi.
5.
Bawang merah dikupas kulitnya dan
dipotong halus. Simpan bawang merah itu dalam satu bekas berlainan. Tomota juga
dipotong dan dicampurkan sekali.
6.
Cili padi dipotong kecil-kecilan dan
dimasukkan ke dalam mangkuk yang ada bawang merah. Bawang putih yang telah pun
direbus, ditumbuk sekali dan dicampurkan sekali.
7.
Garam dan gula yang secukupnya
dimasukkan. Perisa seperti ajinomoto boleh dicampurkan untuk menambahkan
kesedapan air asam.
8.
Kemudian, masukkan belacan diikuti
dengan pati air asam yang telahpun disediakan pada awal tadi di dalam mangkuk
tersebut.
9.
Akhirnya, gaulkan semua bahan-bahan
tersebut. Pastikan air asam tidak pekat atau cair sangat. Sekiranya pekat air
suam ditambah. Kalau terlalu cair, tambahkan bahan masakan seperti cili, bawang
merah atau tomota ikut citarasa anda sendiri.
10.
Sekarang, air asam telah pun disiap
untuk dimakan bersama ikan bakar.
Untuk merasakan
pelbagai rasa, kita boleh membuat ikan
bakar dengan menggunakan berbagai-bagai jenis ikan bersama kuahnya yang berperanan sebagai penyedap rasa. Walaupun,
ikan bakar air asam ini merupakan makanan tradisional kaum melayu, kaum lain
seperti kaum china, india dan lain-lain mula meminati makanan ini
disebabkan keenakan yang tidak
terhingga.